Friday 8 June 2012

BKC Baharu

Assalamualaikum

Nampaknya cuti akhir semester bakal menutupkan tirai dalam minggu hadapan. Buat ahli-ahli BKC yang pulang ke kampung halaman masing-masing, nampaknya akan mula mengusung semula beg ke IPG KBM dengan pelbagai perasaan.

Walaubagaimanapun, perjuangan sebagai seorang bakal pendidik perlu kita teruskan.:)
"Kita memegang amanah bangsa"
Baiklah, BKC ingin mengucapkan setinggi-tinggi apresiasi untuk organisasi baharu kepimpinan PISMP 2D/2012 akan datang..:) Turut tidak dilupakan, kepimpinan terdahulu yang menjadi nadi penggerak jentera Kumpulan D dari masa ke semasa.


Gambar-gambar dalam entry ini disediakan oleh Cikgu Moriss. Terima kasih untuk Cikgu Moriss selaku bakal setiausaha PISMP 2D nanti..:)
*beliau sudah menunjukkan usaha yang gigih

PPISMP Sem 1: Cikgu Floe
PPISMP 2em 2 : Cikgu Ain
PPISMP Sem 3 : Cikgu Izzat
PISMP Sem 1 : Cikgu Rabi
PISMP Sem 2 : Cikgu Hafiz

Tahniah untuk kalian!


Semoga kepimpinan ini akan terus berkilauan umpama permata yang sentiasa memberi sinar kepada pemakainya. Namun, jangan sampai kilauannya menyakitkan pandangan orang lain tapi biarlah kilauannya memukau pandangan dengan nilai permatanya bukan rupanya...:)

Thursday 31 May 2012

Jawatankuasa Baharu PISMP 2D

Assalamualaikum

Selamat datang semula ke "Blog Kami Cikgu" (BKC) yang sekian lama tidak dikemaskini.
Apabila cuti penghujung semester membuka tirai, maka berakhirlah perjuangan BKC sebagai penuntut PISMP Semester 1 untuk semester ini dan BKC akan meneruskan pula perjuangan lain iaitu pada dunia PISMP Semester 2 yang lebih banyak cabaran dan rintangan perlu kami lalui bersama-sama.

Sebelum menutup tirai Semester 1, BKC telah mengadakan satu majlis khas iaitu "Majlis Pembubaran dan Pembentukan Semula Jawatankuasa PISMP Semester 2D Sesi 2012". Majlis ini dipengerusikan oleh Cikgu Lyeen dan dirasmikan oleh mentor PISMP Kumpulan D sendiri iaitu Encik Santharan S.Arumugam.

Penaung dan kepimpinan PISMP 2D  yang akan datang akan diterajui oleh Saudara Mohd Hafiz bin Suhaimi.
BKC percaya bahawa Cikgu Hafiz mampu untuk memimpin rakan-rakan yang lain untuk menjadi salah sebuah kelas yang terbaik pada semester hadapan.


Seterusnya, kepimpinan Cikgu Hafiz akan dibantu oleh Saudari Suriani binti Usman yang sangat berdedikasi. Semoga, tugas baharu yang dipertanggungjawabkan untuk Cikgu Suri, sedikit banyak dapat meringankan beban Cikgu Hafiz.


Manakala, bagi tugas yang sangat rumit untuk semester ini iaitu Setiausaha telah digalaskan diatas bahu Saudara Maurice Micheal bagi menggantikan tugas Saudari Jalinah Jimpih. Buat kesekian kalinya, jawatan ini diserahkan kepada barisan jejaka PISMP Kumpulan D iaitu Cikgu Moriss!


Dan jawatankuasa tertinggi yang terakhir pada semester ini merupakan jawatankuasa yang sentiasa mendapat perhatian ramai.
Jawatankuasa pengurusan kewangan atau dengan nama ringkasnya Bendahari!
Tugas ini telah diamanahkan kepada Saudara Frederic Sinim a.k.a Cikgu Onjoy yang bakal menggantikan Cikgu Cici yang telah bertugas selama satu semester.



Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa tertinggi. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kalian, mampu untuk kalian laksanakan seamanah dan sebaik yang boleh. Diharapkan juga agar setiap ahli dalam kelas PISMP Semeseter 2D akan datang sudah mampu untuk memberi kerjasama semaksimum yang mampu dalam setiap aktiviti yang kita laksanakan.InsyaAllah.


Kredit : Cikgu Moriss untuk gambar ini. :)

P/S: Semoga perjuangan kita tidak terhenti setakat ini sahaja. Menuntut ilmu memerlukan segala bentuk kekuatan. Selamat maju jaya untuk semua penuntut IPG di seluruh Malaysia.
"Kami Bangga Menjadi Guru"

Monday 6 February 2012

Aktiviti Tutorial l Mid Valley

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca setia 'Blog Kami Cikgu!'?, Alhamdullilah, cuti semakin dekat untuk melabuhkan tirainya. Hari ini, BKC ingin berkongsi aktiviti BKC sepanjang cuti ini. Baiklah, pada 01 Febuari 2012 baru-baru ini, BKC telah mengadakan aktiviti tutorial tanpa pensyarah ke Mid Valley dengan objektif untuk mengeratkan silaturahim dan menggantikan tuturial yang tertangguh. Maka, BKC seramai 18 orang ketika itu dengan senang hati dan bangganya mengatur langkah yang sangat rapi menuju ke Mid Valley!

Destinasi kali ini dimulakan dengan aktiviti berjalan paling laju antara kami dan menaiki bas dari Stesen Bas Universiti ke Mid Valley. Setelah itu, langkah terus diatur menuju ke Mesin ATM dengan tujuan mengurangkan elaun yang baru sahaj diterima! Itu motif sebenar ^_^. 


Destinasi seterusnya menuju ke "Makan Place" yang bersebelahan dengan Big Apple Cafe.


Cikgu Floe dan Cikgu Helora


Cikgu Lyeen, Cikgu Helora dan Cikgu Syuhada


Cikgu Lyeen , Cikgu Aida merangkap Penolong Ketua Kelas yang sangat memahami jiwa pengikutnya serta Cikgu Floe yang sentiasa ceria!


Cikgu Cici selaku Pegawai kewangan semester ini. Maka, beliau sangat digeruni untuk semester ini..^_*


Cikgu Izzat, mantan ketua kelas semester lepas yang banyak menabur bakti...(Baktilah sangat ;p
Terima kasih banyak-banyak!)


Cikgu Helora yang selalu senyap tapi diam-diam ubi berisi.
Main bowling dia juara kategori wanita..:D


Juara bowling kategori lelaki berganti-ganti, Cikgu Moriss yang sangat bertenaga hari itu!


Kategori wanita 'tukang sorak', Cikgu Suri, Cikgu Aida dan Cikgu Syuhada.


Cikgu Floe dan Cikgu Afiq yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadi johan kategori masing-masing namun akhirnya tewas ditempat sendiri!


Destinasi BKC kali ini!
COSMIC BOWL, MID VALLEY


Bersabar itu adalah jalan terbaik untukmu Cikgu Afiq, terima kasih!

Alhamdullilah, semoga aktiviti kali ini memberi seribu manfaat buat BKC merapatkan silaturahim dalam kalangan mereka agar sentiasa sedar bahawa sahabat itu adalah insan yang paling bermakna! Semoga, aktiviti akan datang membawa seribu kemanisan dan kenangan untuk dibawa dan diceritakan kepada murid-murid BKC akan datang!

Thursday 26 January 2012

Selamat Datang --

Assalamualaikum,
Teristimewa buat pengunjung setia blog BLOG PPISMP 3D...
Mohon maaf kerana laman tersebut tidak dapat digunakan lagi untuk menyampaikan informasi terkini mengenai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar PISMP Semester 1D.

Hal ini disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Oleh itu, laman baharu ini akan menjadi wahana buat setiap insan yang ingin berkongsi cerita suka dan duka kami sepanjang kami bergelar pelajar di IPG KBM ini.
Terima kasih kami ucapkan.

Sukacita kami maklumkan bahawa,
"LAMAN INI MASIH DALAM PROSES"

Sekian.